Thursday, September 10, 2009

Petua Masakan

Cara memilih ikan yang segar:
1. Pastikan isi ikan kejar dan keras.
2. Isi ikan bersinar dan berkilat.
3. Insang berwarna merah.
4. Mata yang jernih dan bersinar.
5. Tidak berbau.

Cara menyimpan/masak ikan:
1. Bersih seperti buang sisik,perut ikan dan di simpan dalam bekas plastis dan di bekukan.
2. Di letakan di atas permukaan ais batu, boleh bertahan sekurang 3 hari.
3. Untuk ikan air tawar, menghilang bau hayir, hendaklah di basuh dengan air beras yang telah di tumbuk dan di campur dengan air asam.
4. Untuk masakan kukus atau bakar, pasti beli ikan yang segar.
5. Ikan dingin beku sesuai untuk masakan jenis bersambal,berkuah seperti kari.
6. Untuk mengelakkan kari atau kuah mudah rosak, pasti masukan sedikit perahan air limau nipis pada masakan anda.


ELAK MATA BERAIR SEMASA MEMOTONG BAWANG
  • Rendam bawang dalam aie sejuk setengah jam sebelum mengupasnya untuk mengelak mata pedih dan berair. 
  • Anda juga boleh mengupasnya di bawah air paip atau menyimpannya di dalam bahagian sejuk beku selama 10 hingga 15 minit sebelum memotongnya.

LEBIH JUS LEMON
  • Untuk mendapatkan banyak jus daripada sebiji lemon, rendam buah tersebut dalam air panas selama 15 minit atau panaskannya 45 saat di dalam ketuhar gelombang mikro sebelum diperah jusnya.

CARA MUDAH BUAT KERISIK
  • Selain menggoreng dalam kuali, cuba bakar kelapa parut di dalam ketuhar untuk mendapatkan kerisik.
  • Ratakan kelapa parut di dalam dulang pembakar biskut, bakar pada suhu 375 darjah sehingga anda mendapat warna kerisik yang diinginkan.
  • Jangan lupa balik-balikkan kelapa parut untuk mendapatkan kerisik yang masak sekata.

 CARA MUDAH BUANG KULIT TOMATO
  • Cara termudah untuk membuang kulit tomato ialah dengan mencelupkannya ke dalam air panas beberapa saat, keluarkan dan rendam pula di dalam aie sejuk.

CARA MUDAH POTONG KIWI
  • Setelah dibuang kulit, buak kiwi agak lembut dan payah dipotong nipis.
  • Untuk memudah dan mempercepatkan kerja, gunakan pemotong telur untuk mendapatkan hirisan kiwi yang cantik dan sekata.

LEMBUTKAN AYAM KAMPUNG
Apabila memasak gulai ayam kampung cara untuk melembutkan ialah dengan memasukkan empat biji kurma ke dalam gulai. Bila masak daging ayam akan menjadi lembut.

TELUR REBUS SENANG DIKUPAS
Telur kalau tidak dikupas dengan betul tentu isi luarnya mudah terkoyak. Terdapat banyak petua mengupas telur antaranya merebus telur dengan cuka. Cara mudah lain ialah telur yang telah direbus di rendam di dalam air. Kemudian barulah dikupas. Tentu anda mudah mengupasnya. Cubalah!!

HILANGKAN GATAL SULUR KELADI
Setelah dibersihkan, celurkan sulur keladi dengan air asam jawa dan sedikit garam. Kemudian bolehlah dimasak mengikut citarasa anda.

ACAR LIMAU TIDAK PAHIT
Inginkan acar yang enak tanpa limau yang pahit, cuba petua ini. Semasa merebus limau untuk acar, masukkan beberapa keping syiling 1 senke dalam rebusan limau. InsyaAllah limau akan hilang pahitnya dan bertambah lembut.

MINYAK LEMBUTKAN KUIH APAM
Masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam adunan kuih apam yang telah siap dibancuh dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian kukus adunan kuih apam tadi. Kuih apam tersebut akan menjadi lembut dan dimasak lebih halus serta tidak lagi melekat pada bekas acuannya.

CILI KISAR TAHAN LAMA
Sebelum mengisar cili kering, direbus terlebih dahulu, setelah sejuk basuh dengan air biasa. Kisar cili dengan menggunakan air suam sehingga benar-benar hancur. Masukkan kedalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Pasti ia tahan lebih lama.


Masakan Termasin
Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-
Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.


Merasa Makanan di Bulan Puasa
Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuha tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis.


Memutih Nasi
Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.



Memasak Nasi yang Mentah
Isi air di dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup periuk dan perlahankan api hingga nasi masak.



Mengelakkan Nasi Hangit
Nasi yang dimasak akan menjadi kurang enak jika didapati hangit. Caranya, sebelum memasak nasi, masukkan satu sudu kecil marjerin ke dalam periuk.


Mengelakkan Bau Hangit Nasi
Masukkan beberapa tangkai cili kering dan tutup dengan daun pisang. Bau hangit akan hilang. Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan. Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.


Nasi Lambat Basi
Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih beserta secubit garam halus. Basuh beras hingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa.


Nasi Lembik
Anda mungkin tidak suka makan nasi lembik. Untuk mengelakkan pembaziran, cubalah atasinya dengan cara ini. Masukkan dua bij telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika, hasilnya nasi akan kering dengan sempurna.


Menyukat Air Untuk Beras
Basuh beras seperti biasa. Masukkan ke dalam periuk. Sukat beras tersebut dengan jari. Kemudian masukkan air pula yang jumlahn sukatannya sama dengan sukatan beras.

No comments:

Post a Comment