Thursday, September 10, 2009

Home

KOLEKSI RESEPI-RESEPI MASAKAN SELURUH MALAYSIA

Bercerita tentang  kampung halaman adalah sesuatu yang nostalgik. Kenangan imbauan masa lalu,  detik yang tidak mungkin berulang kembali.  Ingin terus dizahirkan agar ia tetap bermain dibibir saban waktu. Nikmatilah selera perantau; Koleksi Resepi Masakan Malaysia dari Orang Kampung untuk Orang Malaysia seluruh dunia, Koleksi Resepi Kuih-muih,  Koleksi Kek, tips-tips masakan dan dimanakah destinasi yang perlu anda merasai kenikmatan masakan kegemaraan anda terutamanya kepada para pelancong luar negara.


RESEPI PILIHAN





AYAM DARA MADU SOS BIJAN








ASAM TEMPOYAK IKAN BAUNG








KAMBING SOS ROSEMARY






AYAM MASAK MERAH

Sajian Timur dan Barat

AYAM DARA MADU SOS BIJAN

Bahan Bahan:
1 ekor ayam dara

Bahan Kisar:
10 tangkai cili padi
4 tangkai cili merah
4 tangkai cili hijau
2 batang serai
3 cm lengkuas
3 cm halia
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah

Bahan B:
10 gm serbuk cili
5 gm serbuk kunyit
5 sudu besar madu
2 sudu besar minyak bijan
3 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Perapkan ayam dengan sedikit bahan yang dikisar. Biarkan selama 10 minit.
2. Panggang sehingga masak dan ketepikan.
3. Masukkan minyak dalam kuali dan masukkan serbuk cili, kunyit bersama bahan kisar yang selebihnya. Tumis sehingga wangi.
4. Masukkan setengah cawan air dan masukkan minyak bijan, madu dan masak sehingga pekat.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Kemudian ayam yang telah dipotong empat diletakkan di dalam pinggan dan tuangkan sos yang dimasak tadi.



ASAM TEMPOYAK IKAN BAUNG

Bahan-bahan:
1 genggam cili padi
1 1/2 inci kunyit
2 batang serai
1 senduk tempoyak
2-3 cawan air
garam
3 ekor ikan baung size sederhana
1 helai daun kunyit - simpul

Cara Memasak:
1. Tumbuk cili & kunyit hingga lumat.
2. Ketuk serai hingga pecah2
3. Gaul tempoyak bersama2 cili.
4. Didihkan bersama air & daun kunyit & garam.
5. Masukkan ikan. Renih-didihkan hingga ikan masak & kuah sedikit pekat

* Boleh letak gula sikit kalau tempoyak tu jenis yg sgt2 masam.


KAMBING SOS ROSEMARY


BAHAN-BAHAN:
500 gm daging kambing
1/2 liter pati lembu
10 gm daun rosemary
2 ulas bawang putih (kisar)
4 ulas bawang merah (kisar)
2 cm halia (kisar)
Sedikit garam dan gula

CARA MENYEDIAKAN:
1. Gaulkan daging kambing dengan garam sehingga rata. Biarkan seketika, kemudian panggang.
2. Sementara itu, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan daun rosemary sehingga naik bau.
3. Selepas itu, masukkan pati lembu. Kacau seketika barulah angkat dan tuangkan ke atas daging kambing yang dipanggang tadi. Cara mudah untuk mendapatkan pati lembu begini caranya. Ambil tiga kuib pati daging lembu dan bancuhkan dengan setengah liter air.


AYAM MASAK MERAH


Bahan-bahan
* 2 biji bawang besar-diblender
* 6 biji bawang putih-diblender
* sedikit halia-diblender
* 10 batang lada kering-diblender
* 1 biji bawang merah-di hiris bulat2
* kayu manis,bunga cengkih etc
* sebatang serai-diketuk
* 2 biji ubi kentang-dipotong bulat nipis dan di goreng,ketepikan
* 1 biji tomato-dibelah 4
* sedikit kacang peas
* 2 sudu besar tomato puree
* daun ketumbar
* garam,serbuk perasa

Cara membuat
1. Goreng ayam separuh masak.Ketepikan.
2. Tumis kayu manis etc sehingga wangi.Masukkan serai,bawang hiris bulat tomato puree dan bahan blender.Bila lada sudah garing,masukkan air secukupnya.
3. Tunggu hingga kuahnya mendidih,baru masukkan ayam,kentang dan tomato.Setelah 5 minit,masukkan kacang peas,garam ,serbuk perasa dan daun ketumbar.



NASI KERABU

Bahan Nasi:
4 cawan beras

Bahan Sambal Kelapa:
5 ulas bawang merah (tumbuk)
1/2 biji kelapa parut (sangai)
1/2 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
2 ekor ikan kembung (rebus dan tumbuk)
2 batang serai (tumbuk)
Sedikit garam dan gula melaka

Bahan Kuah Tumis:
5 ulas bawang merah
1 cm halia
2 sudu besar budu
1/2 biji kelapa (ambil santan)
2 batang serai (ketuk)
2 sudu besar cili kisar
1 keping asam gelugur

Bahan Ulam:
1 batang timun
2 tangkai kacang botor
4 tangkai pegaga
1/2 tangkai bunga kantan
Sedikit tauge

Cara Menyediakan:
1) Terlebih dahulu masakkan nasi sehingga masak dan ketepikan.
2) Sementara itu, hiris halus semua ulam-ulaman, ketepikan. Untuk mengelakkan ulam-ulaman menjadi lebam, gaulkan dengan sedikit garam setelah ia dihiris.
3) Seterusnya, sediakan bahan-bahan untuk membuat sambal kelapa. Sangai kelapa sehingga garing tapi jangan sampai hangit.
4) Kemudian, tumbukkan lada hitam bersama serai sehingga lumat dan masukkan ikan rebus dan tumbuk lagi.
5) Setelah kelapa garing angkat dan gaul rata bersama bahan tumbuk tadi. Ketepikan.
6) Sediakan pula bahan-bahan untuk membuat sambal tumis budu. Tumbukkan halia dan bawang sehingga lumat dan masukkan ke dalam periuk yang berisi santan.
7) Masukkan juga cili kisar, budu dan serai.
8) Kemudian renehkan di atas api sederhana sambil dikacau dan apabila pecah minyak bolehlah diangkat.




KARI KEPALA IKAN


Bahan-bahan:
-Kepala ikan merah dibersihkan , belah dua atau biarkan seketul
-Santan kelapa sederhana pekat
-Asam jawa
-Serbuk rempah kari ikan istimewa
-Bawang putih dan merah tumbuk
-Bawang besar potong bulat2
-Daun kari
-Halba campur
-Biji sawi
serbuk cili istimewa
-Bendi
-Mangga muda
-Tomato buah potong dadu
-Garam secukup rasa

  • Panaskan minyak dan masuk kan biji sawi, biar kan dia meletup2, masuk kan halba campur dan sedikit daun kari, masukkan dan tumis bahan tumbuk, kacau semuanya sampai wangi, masukkan serbuk lada diikuti dengan serbuk kari, kacau lagi sampai pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kemudian santan, kacau sekejap kemudian masukkan kepala ikan dan mangga muda yang dipotong2 leper, dah masak masukkan bendi, tomato daun kari, bawang besar dan garam, kacau sekejap dan angkat.



MASAK LEMAK CILI API UDANG GALAH

Bahan-bahan:
-Udang galah segar sebarang saiz
-Santan pekat
-Kunyit hidup ditumbuk halus
-Cili padi ditumbuk halus
-Bawang putih ditumbuk halus
-Bawang merah ditumbuk halus
-Serai dititik
-Daun kunyit dihiris2 halus
-Asam keping
-Garam secukup rasa

  • Masukkan santan dalam kuali dan panaskan, masukkan juga bahan2 tumbuk, serai daun kunyit asam keping dan garam. Bila dah mendiudih masukkan udang galah. Dah siap. 

 

KERUTUK DAGING


 






Bahan-bahan

  • 500g daging
  • 4 sudu besar rempah kerutuk
  • 2 sudu cili giling
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 keping gula melaka/manisan
  • 2 sudu besar kerisik
  • [bahan tumis]
  • 1/2 bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar minyak


Cara-cara

  1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
  2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
  3. Panaskan minyak
  4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
  5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi
  6. Masak sehingga pecah minyak
  7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
  8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
  9. Siap untuk dihidang.

LAKSAM 




Bahan-bahan

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
  • >>bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
  • >> Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau 


Biskut dan Kuih-muih

Biskut Florentine

Bahan-Bahan:
30 gm madu
50 gm gula
170 gm glukosa (cair)
100 gm krim putar
350 gm potongan badam
350 gm buah-buahan kering
100 gm tepung gandum

Bahan Hiasan:
10 gm gula ising
2 biji buah strawberi

Cara Menyediakan:
1. Gula, madu dan glukos dimasak sehingga keemasan.
2. Masukkan krim putar dan gaul sehingga sebati.
3. Kemudian, masukkan badam, buah-buahan kering dan tepung gandum. Gaul sehingga sebati di atas api yang perlahan.
4. Setelah itu, tuangkan di atas dulang pembakar yang tidak melekat. Bakar dalam suhu 180o selsius sehingga kuning keemasan.
5. Lenyekkan semasa ia panas sehingga nipis dan sejukkan. Potong mengikut bentuk kesukaan.

Biskut Tart Nenas

Bahan-bahan:
1 cawan butter ( 226 gram) at room temp) bukan butter cair atau lembik.
1 biji kuning telor.
1 suduteh asen vanilla.
20 gram gula.
40 gram tepung jagung,
50 gram tepung kastard.
20 gram susu tepung.(boleh tukar ke coffemate powder pun ok)
240 gram tepung gandum.
1 biji kuning telor + beberapa titik pewarna kuning telor untuk sapuan.

Cara-cara:

1. Sebatikan telor, butter, gula dan asen vanilla. ( baya hanya guna spatula aja)
2. Masukkan tepung satu pesatu, mula tepung jagung, tepung kastard dan susu tepung. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung gandum. Gaul sebati.
4. Lepas tu masukkan dalam acuan tart golung tekan keluar, letak jem dan gulong.
5. Sapukan kuning telor.
6. Bakar 350F selama 17-19 minute.


SOUR CREAM CHOCOLATE CHIP


BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula.
1/2 cawan susu masam (sour cream)
1/4 cawan mentega tanpa garam
1/4 cawan shortening
1 sudu kecil vanila
1 biji telur gred A
2 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
2 cawan cip coklat.

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180oC.
2. Pukul gula, susu masam, mentega, shortening, vanila dan telur di dalam pemutar elektrik dengan kelajuan sederhana.
3. Ayak bersama tepung, baking soda dan garam.Ma­sukkan ke dalam pemutar elektrik dan putar perlahan-lahan.
4. Gaulkan cip coklat. Bulat-bulatkan atau guna scop aiskrim untuk memudahkan lagi.
5. Bakar selama 15-20 minit sehingga masak.

Bahan-Bahan
2 2/3 cawan tepung gandum (di ayak)
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan gula merah
1 cawan butter, pada suhu bilik
2 biji telur
2 sudu kecil vanilla essence
2 cawan chocolate chips
1 cawan walnut, dicincang (kalau nak)

Cara Memasak
Panaskan oven pada 400F. Campurkan tepung, baking powder, baking soda dan garam dlm satu mangkuk.
Putarkan butter dan kedua jenis gula sehingga kembang, dlm 7 minit. Masukkan telur satu persatu dan kemudian esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
Kemudian, dengan tangan atau mixer yg perlahan, masukkan tepung. Aduk sebati, masukkan chocolate chips dan walnut tadi. Kacau sedikit saja sehingga adunan sebati.
Ambil satu sudu besar doh, bulatkan seperti bola dan susun di dalam dulang pembakar. Tinggalkan ruang 1 inci disekeliling. Bakar selama lebih kurang 10 minit.



BISKUT ALMOND LONDON
















 Bahan-bahan:
125 gm mentega  
75 gm gula ising  
1 biji kuning telur  
225 gm tepung gandum serba guna  
333 gm badam berkulit dibakar di dalam oven selama 7minit (350F)  
300 gm coklat masakan dicairkan 
Sedikit lemak sayur (shortening)  
Mangkuk kertas  
Sedikit hirisan badam untuk hiasan  
1 sudu kecil emplex (bahan untuk membuat biskut rangup) 


Cara-cara membuatnya:

  • Pukul mentega dan gula sampai halus. 
  • Masukkan telur dan emplex serta tepung gandum serbaguna.
  • Gaulkan adunan sehingga sebati
  • Ambil sebiji badam dan diisi di tengah-tengah adunan.
  • Bentuk seperti guli dan letak di atas dulang pembakar.
  • Bakar selama 20-25 minit pada suhu 170C
  • Sejukkan dahulu
  • Masukkan ke dalam kertas mangkuk dan disudukan sedikit coklat cair (yang telah dimasukkan sedikit 'shortening')
  • Hiaskan dengan badam.



KUIH CARA MANIS



Bahan-bahan:



  • 120g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 200ml air pandan (Daun pandan yang diblend bersama air. Tapis dan ambil airnya)
  • 50ml santan pekat
  • 2 tbsp gula
  • Minyak masak


Inti
  • Gula secukupnya
Cara
  • Ayak tepung ke dalam mangkuk dan gaul rata bersama gula.
  • Masukkan telur dan santan dan gaul rata.
  • Masukkan air pandan dan gaul sebati. Adunan mestilah sedikit cair
  • Untuk dapat adunan yang betul-betul sesuai, tapis adunan agar tidak berbintil-bintil.
  • Panaskan acuan yang disaput dengan sedikit minyak masak.
  • Tuang adunan ke dalam acuan dan masukkan suku sudu teh gula sebagai inti.
  • Tutup dengan tudung periuk. Masak menggunakan api kecil untuk 10 minit.






TEPUNG PELITA



Bahan-Bahan:



  • 1 bungkus tepung beras
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan santan pekat
  • 5 cawan air panas
  • cawan jus pandan
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang (potong empat segi)


Cara Menyediakannya:


Adunan A
  • Bancuh satu cawan tepung beras bersama pati santan serta garam (secukup rasa). Ketepikan.


Adunan B


  • Bancuh tepung yang selebihnya dengan air panas, jus pandan dan kacau hingga cair (jangan terlalu cair).

1. Bentukkan daun pisang menjadi empat persegi. Jerangkan air kukusan. Apabila mendidih atur    
   acuan daun pisang di atas dulang.

2. Masukkan 1 sudu teh gula ke dalam setiap acuan.


3. Setelah itu bolehlah dikukus.


4. Bila adunan B telah beku, tuangkan adunan A ke atasnya.


5. Setelah itu kukus lagi sehingga masak.




KUIH KASUI





Bahan-bahan


  • 80 g tepung beras
  • 80 g tepung ubi/sagu
  • 100g gula pasir
  • 100 g gula merah /gula melaka
  • 550 g air
  • 1/2 camt air limau nipis/air kapur sireh.

Cara-cara menyediakannya: 

  • Masak air dan gula bila larut tapiskan, biar sejuk sedikit.
  • Panaskan kukusan letak loyang 9X9 in sapu minyak sikit kat loyang.
  • Campur semua bahab dgn air gula tadi kacau dalam periuk hingga naik wap (hingga adunan tu bergentil sedikit ).
  • Tuang dalam loyang yang dah panas, kukus la sampai masak.

Koleksi Kek dan Puding

KEK PUDING LAPIS AGAR AGAR

Bahan Kek:
200 gm sponge mix 4 biji telur
1 sudu besar ovallete
50 ml air Sedikit esen vanila
60 ml minyak

Bahan Puding:
200 ml susu cair
200 ml susu segar
90 gm flan vanila
30 gm tepung kastard
Sedikit esen vanila

Bahan Topping:
200 ml air
35 gm gula
1/2 sudu besar serbuk agar-agar
Sedikit perasa lemon
Sedikit pewarna kuning

Cara Menyediakan:
1. Untuk membuat kek, pukul telur sehingga gebu.
2. Masukkan sponge mix, ovallete, esen vanila, air dan minyak.
3. Pukul sehingga gebu dan masukkan ke dalam acuan empat segi, bakar pada suhu 170oC selama 25 minit.
4. Setelah masak sejukkan dan keluarkan dari acuan. Trim di bahagian tepi kek, kemudian masukkan ke dalam acuan 9 x 9 x 3 inci.
5. Untuk puding, panaskan tiga per empat susu, kemudian masukkan flan vanila.
6. Susu yang selebihnya tadi, kacau sebati bersama tepung kastard dan tuangkan ke dalam flan vanila.
7. Kacau selama 5 hingga 6 minit. Tuangkan puding ini ke atas kek dan sejukkan.
8. Untuk topping, satukan kesemua bahan topping dan masak di atas api sehingga mendidih dan kacau perlahan-lahan. Tuangkan di atas puding pula.
9. Akhir sekali, hiaskan dengan buah anggur. Sejukkan.



AGAR-AGAR MANGGA COKLAT


Bahan-Bahan:
2 biji mangga masak
1 paket serbuk agar-agar (10 gm)
150 gm kepingan coklat
2 cawan susu cair
1/2 cawan susu manis
1 cawan air
1 sudu kecil esen vanila

Cara Menyediakan:
1. Mula-mula kita kisar buah mangga dengan air. Ketepikan.
2. Tuangkan susu cair dalam periuk dan masukkan serbuk agar-agar.
3. Masukkan coklat.
4. Kacau hingga semuanya sebati.
5. Setelah mendidih masukkan mangga kisar dan esen vanila.
6. Kacau sebati dan rata.
7. Tuangkan dalam adunan dan sejukkan.

PUDING KEK KASTAD

Bahan-Bahan:
1 biji kek mentega
100 gm tepung kastard
1/4 tin susu cair
1/4 tin susu pekat
1 tin air

Cara Menyediakan:
1. Bahan-bahan seperti tepung kastard, susu cair, susu pekat dan air dikacau hingga pekat di atas api yang kecil.
2. Kek mentega diletakkan di dalam acuan. Curahkan bahan-bahan di atas kek mentega tersebut.
3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150 Celsius selama 8 hingga 10 minit.
4. Jika suka bolehlah makan bersama sos kastard.

CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

Bahan Bahan
* 1 3/4 cawan tepung gandum
* 1/4 cawan serbuk koko
* 1 cawan gula kastor
* 1 sk baking powder
* 1 sk soda bikarbonat
* 1/2 sk garam
* 1 cawan fresh milk
* 1 biji telor - pukul sikit
* 1/3 cawan minyak
* 1 sk esen vanila
* 3/4 cawan choc chips

Cara Memasak:
1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
3. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
4. Masukkan choc chips.
5. Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)

PUDING ROTI

Bahan-bahan
Bahan A

500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

Bahan B
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Bahan C
2 sudu besar kismis hitam

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula

Cara Memasak
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.


MUFFIN COKLAT KUKUS


Bahan-bahan
Bahan A

2 1/2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula perang
2 s/k soda bikarbonat
1/2 s/k garam

Bahan B
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan air panas
1 s/k esen vanilla

Cara Memasak
1. Panaskan kukusan dan lapikkan acuan muffin dengan paper-cup
1. Ayakkan tepung, serbuk koko dan soda bikarbonate.
2. Gaulkan semua bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B dan gaulkan rata subaya sebati.
4. Masukkan adunan dalam paper-cup dan kukuskan selama 25 minit dengan api yg sederhana.
5. Angkat dan hidangkan.

KEK COKLAT KUKUS


Bahan-bahan
Bahan A [Kacau rata]

1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan butter cair
2 cawan gula perang

Bahan B [ayakkan]
2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Bahan C [kacau rata]
1 biji telur ayam
1 s/k esen vanilla

KRIM COKLAT:
250 gm cooking coklat
1 s/b cocoa butter [butter]

Cara Memasak
1. Panaskan kukusan
2.2. Kacau semua bahan A supaya sama rata.
3. Masukkan bahan B dan kacau lagi.
4. Masukkan bahan C dan kacau lagi supaya tidak bergentil.
5. Lapikkan loyang dan masukkan adunan.
6. Kukuskan selama 1 jam dengan api sederhana.
7. Hiaskan dengan krim coklat

KRIM COKLAT:
1. Coklat dicincangkan kecil. Masukkan coklat dan cocoa-butter dalam mangkuk bertangkai dan tahan panas.
2. Panaskan coklat dan kacau sampai coklat cair. Tutup api.
3. Kacau coklat sampai semua telah cair.
4. Bila nampak coklat agak pekat boleh sapukan atas kek mengikut suka hati.
5. Hiaskan mengikut pilihan sendiri.

Petua Masakan

Cara memilih ikan yang segar:
1. Pastikan isi ikan kejar dan keras.
2. Isi ikan bersinar dan berkilat.
3. Insang berwarna merah.
4. Mata yang jernih dan bersinar.
5. Tidak berbau.

Cara menyimpan/masak ikan:
1. Bersih seperti buang sisik,perut ikan dan di simpan dalam bekas plastis dan di bekukan.
2. Di letakan di atas permukaan ais batu, boleh bertahan sekurang 3 hari.
3. Untuk ikan air tawar, menghilang bau hayir, hendaklah di basuh dengan air beras yang telah di tumbuk dan di campur dengan air asam.
4. Untuk masakan kukus atau bakar, pasti beli ikan yang segar.
5. Ikan dingin beku sesuai untuk masakan jenis bersambal,berkuah seperti kari.
6. Untuk mengelakkan kari atau kuah mudah rosak, pasti masukan sedikit perahan air limau nipis pada masakan anda.


ELAK MATA BERAIR SEMASA MEMOTONG BAWANG
  • Rendam bawang dalam aie sejuk setengah jam sebelum mengupasnya untuk mengelak mata pedih dan berair. 
  • Anda juga boleh mengupasnya di bawah air paip atau menyimpannya di dalam bahagian sejuk beku selama 10 hingga 15 minit sebelum memotongnya.

LEBIH JUS LEMON
  • Untuk mendapatkan banyak jus daripada sebiji lemon, rendam buah tersebut dalam air panas selama 15 minit atau panaskannya 45 saat di dalam ketuhar gelombang mikro sebelum diperah jusnya.

CARA MUDAH BUAT KERISIK
  • Selain menggoreng dalam kuali, cuba bakar kelapa parut di dalam ketuhar untuk mendapatkan kerisik.
  • Ratakan kelapa parut di dalam dulang pembakar biskut, bakar pada suhu 375 darjah sehingga anda mendapat warna kerisik yang diinginkan.
  • Jangan lupa balik-balikkan kelapa parut untuk mendapatkan kerisik yang masak sekata.

 CARA MUDAH BUANG KULIT TOMATO
  • Cara termudah untuk membuang kulit tomato ialah dengan mencelupkannya ke dalam air panas beberapa saat, keluarkan dan rendam pula di dalam aie sejuk.

CARA MUDAH POTONG KIWI
  • Setelah dibuang kulit, buak kiwi agak lembut dan payah dipotong nipis.
  • Untuk memudah dan mempercepatkan kerja, gunakan pemotong telur untuk mendapatkan hirisan kiwi yang cantik dan sekata.

LEMBUTKAN AYAM KAMPUNG
Apabila memasak gulai ayam kampung cara untuk melembutkan ialah dengan memasukkan empat biji kurma ke dalam gulai. Bila masak daging ayam akan menjadi lembut.

TELUR REBUS SENANG DIKUPAS
Telur kalau tidak dikupas dengan betul tentu isi luarnya mudah terkoyak. Terdapat banyak petua mengupas telur antaranya merebus telur dengan cuka. Cara mudah lain ialah telur yang telah direbus di rendam di dalam air. Kemudian barulah dikupas. Tentu anda mudah mengupasnya. Cubalah!!

HILANGKAN GATAL SULUR KELADI
Setelah dibersihkan, celurkan sulur keladi dengan air asam jawa dan sedikit garam. Kemudian bolehlah dimasak mengikut citarasa anda.

ACAR LIMAU TIDAK PAHIT
Inginkan acar yang enak tanpa limau yang pahit, cuba petua ini. Semasa merebus limau untuk acar, masukkan beberapa keping syiling 1 senke dalam rebusan limau. InsyaAllah limau akan hilang pahitnya dan bertambah lembut.

MINYAK LEMBUTKAN KUIH APAM
Masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam adunan kuih apam yang telah siap dibancuh dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian kukus adunan kuih apam tadi. Kuih apam tersebut akan menjadi lembut dan dimasak lebih halus serta tidak lagi melekat pada bekas acuannya.

CILI KISAR TAHAN LAMA
Sebelum mengisar cili kering, direbus terlebih dahulu, setelah sejuk basuh dengan air biasa. Kisar cili dengan menggunakan air suam sehingga benar-benar hancur. Masukkan kedalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Pasti ia tahan lebih lama.


Masakan Termasin
Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-
Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.


Merasa Makanan di Bulan Puasa
Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuha tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis.


Memutih Nasi
Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.



Memasak Nasi yang Mentah
Isi air di dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup periuk dan perlahankan api hingga nasi masak.



Mengelakkan Nasi Hangit
Nasi yang dimasak akan menjadi kurang enak jika didapati hangit. Caranya, sebelum memasak nasi, masukkan satu sudu kecil marjerin ke dalam periuk.


Mengelakkan Bau Hangit Nasi
Masukkan beberapa tangkai cili kering dan tutup dengan daun pisang. Bau hangit akan hilang. Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan. Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.


Nasi Lambat Basi
Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih beserta secubit garam halus. Basuh beras hingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa.


Nasi Lembik
Anda mungkin tidak suka makan nasi lembik. Untuk mengelakkan pembaziran, cubalah atasinya dengan cara ini. Masukkan dua bij telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika, hasilnya nasi akan kering dengan sempurna.


Menyukat Air Untuk Beras
Basuh beras seperti biasa. Masukkan ke dalam periuk. Sukat beras tersebut dengan jari. Kemudian masukkan air pula yang jumlahn sukatannya sama dengan sukatan beras.

Destinasi Sajian



1) Lokasi Restoran Paksu Corner:

    Restoran Paksu Corner
    Heman Bersatu Sdn Bhd (821549-M)
    No 2-1-1 , Suria Avenue
    Jalan Dawai 16/2 Seksyen 16 ,
    40200 Shah Alam
    Selangor.
    Tel : 017-2972678 / 016-3684446
    Tel Pejabat : 03-55100444
    Email : paksucorner@gmail.com
    (Waktu Perniagaan : Jam 6:30 pagi hingga 12:00 Malam.

      Laman Web: http://www.paksucorner.com/



2) Restoran Anjung Timur,
    No 29, Jalan Helang 2,
    Taman  Scientex, Pasir Gudang,
    Johor Darul Takzim.

      Laman Web: http://anjungtimur.blogspot.com/



3) Restoran Nelayan Titiwangsa

    Laman Web: http://www.nelayan.com.my/